Rabu, 21 Disember 2011

Misi mustahil: Zahid gagal menyembunyikan isu Altantuya-Scorpenes.

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle


Terdapat pelbagai kisah seram berkaitan orang yang telah mati, terutamanya mereka yang dibunuh dan datang semula menghantui orang yang membunuhnya. Si mati akan membalas dendam, begitulah selalunya bagaimana ia berakhir. Jika tidak, rohnya tidak akan tenteram.

Altantuya Shariibu, seperti yang lain juga dikatakan seakan-akan kisah-kisah sera ini. Altantuya yang berumur 28 tahun, seorang warga Mongolia telah mati dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, telah menjadi salah sebuah kisah lagenda di sini.

Ada juga yang mempercayai sial dan bagi mereka, kapal selam Scorpene yang kurang digunakan dan berhubung rapat dengan kisah Altantuya juga ada terkena sialnya sendiri. Ini tak ubah seperti kata pepatah Melayu yang menyatakan, bangkai gajah tidak mungkin boleh disembunyikan.

Harga mahal, kualiti tiada

Pada bulan Jun 2002, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian bernilai 1 billion Euro dengan Armaris (sekarang DCNS) dan pembuat kapal perang Sepanyol Izar (sekarang Navantia) untuk membeli 2 SSK Scorpene berserta bantuan sokongan dan latihan teknikal.

Warga Malaysia terkejut mendengar kaitan rapat Altantuya dengan perjanjian Scorpene menerusi sejumlah 114 juta Euro dalam bentuk komisyen yang dibayar kepada Perimekar, syarikat yang sangat rapat dengan Menteri Pertahanan dan Perdana menteri semasa, Najib Razak. Skandal Scorpene melibatkan pembayaran sebanyak 114.96 juta Euro (RM 574.8 juta) kepada Najib melalui Perimekar.

Maklumat dari pihak industri pertahanan, kos penyelengaraan kapal selam adalah sebanyak RM 270 juta setahun dan telah meningkat ke RM600 juta . Ini bermakna, jumlah penyelengaraan Scorpene akhirnya akan mencecah RM10 billion tidak lama lagi.

Satu lagi percubaan untuk menutup skandal Scorpene

Najib telah berulang kali menafikan pembabitannya dalam skandal ini. Dia cuba untuk menjauhkan diri daripada kes itu dan cuba menutupnya dengan menggunakan mahkamah untuk menyabitkan kedua-dua orang pengawal peribadinya sebagai pemunuh Altantuya. Cara lain seperti menggunakan media yang dikawal kerajaan dengan bersumpah diatas nama Allah bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya pada masa kempen pilihanraya di Ijok . Kemudian, setelah semua usahanya gagal, Najib dipaksa untuk membela dirinya. Namun, ada yang menceritakan bahawa, Altantuya tidak bisa pergi begitu sahaja.

Benar sekali, skandal itu timbul lagi. Kali ini, ia muncul pada sambutan LIMA 2011, dimana menteri pertahanan, Zahid Hamidi telah disoal tentang mengapa blogger UMNO, Papagomo telah diberi keistimewaan menaiki Scorpene bersama Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bukankah ini sesuatu yang membazir untuk membawa Lim Guan Eng dan Papagomo untuk menyelam menggunakan Scorpene ini selama 90 minit supaya media BN boleh memaksa Guan Eng yang juga ketua setiausaha DAP untuk memuji Scorpene sebagai kapal selam yang hebat.

Setelah menaiki kapal selam, sebuah SMS menghebohkan cerita bahawa LGE dah kena brainwash oleh perisik Perancis dengan arak dan gadis-gadis diatas kapal. Zahid juga mahu ikut sekali tetapi isterinya menentang.

Sememangnya penyelaman itu merugikan pihak yang cuba menterbalikkan persepsi bahawa korupsi dan skandal itu ada kena mengena dengan Najib. Walau apa pun, usaha Zahid telah sebenarnya menimbulkan semula prasangka rakyat terhadap kes itu. Masih lagi belum terjawab kenapa kerajaan Malaysia membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan dua kapal selam yang tidak berguna dan rasuah yang telah diberi kepada NAjib melalui Perimekar , syarikat milik teman rapat Najib, Razak Baginda.

Tak masuk askar, tak patriotik

Zahid yang berusia 58 tahun itu juga tidak sunyi dari kontroversi. Dia dikritik kerana hujahnya di parlimen mendakwa orang Cina dan India terdiri dari jumlah yang kecil sahaja dalam pasukan tentera kerana mereka kurang semangat patriotik . Dia dikatakan bersifat perkauman dan memperlekehkan konsep 1 Malaysia Najib yang goyah pada masa ini.

Zahid sama ada tidak dapat atau hanya enggan memahami bahawa bukan Melayu sama patriotik sepertimana orang Melayu juga dan semangat patriotik muncul dalam pelbagai bentuk dan bukan hanya dengan menyertai bidang ketenteraan. Menjadi warga yang produktif mematuhi undang-undang juga adalah satu bentuk patriotisme. Tetapi mencuri dana negara dan melalui pelbagai helah, adakah itu patriotik? Adakah dengan merampas kekayaan negara dan menyeleweng hak rakyat ke ambang kebankrapan patriotik? Ada yang akan setuju bahawa ini adalah pengkhianatan!

Ahmad Zahid juga enggan mengakui bahawa bilangan yang besar orang Melayu dalam tentera adalah semata-mata kerana ramai yang terdesak untuk mendapatkan wang. Dengan kurangnya gred, kemahiran, berserta kemahiran keusahawanan, bagaimanakah Melayu akan hidup jika tidak menyertai tentera? Orang bukan Melayu terutama orang Cina sangat pintar dan mempunyai kebebasan untuk memilih jalan hidup.

Tentera Amerika juga sukar untuk menarik minat rakyatnya jika tidak kerana ganjaran wang dan kemudahan yang lain. Enggan menghadapi kenyataan, Zahid telah menghina kaum Cina dan India. Dia memperkecilkan pengorbanan bukan Melayu yang berada didalam tentera dan tentera laut. Melalui penulisan, dia telah menidakkan segala kerja keras dan sumbangan meraka kepada Negara.

Kesetiaan beralih arah

Hakikatnya adalah bahawa Zahid hanyalah salah seorang ahli politik yang bersifat bermuka-muka demi menunjukkan sokongan kepada Najib. Dia cuba untuk mengalihkan perhatian kita dari Scorpenes dengan menggunakan Guan Eng untuk membersihkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap kapal selam. Dengan PRU ke-13 tidak lama lagi, Zahid tidak sabar ntuk menunjukkan kepada Najib bahawa dia berada di pihaknya.

Zahid telah dipanggil sundal politik pada masa lalu. Zahid pada mulanya dekat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan selepas jatuh di antara Mahathir dan Anwar, Zahid menggambarkan dirinya sebagai penyokong kuat Mahathir. Namun selepas Mahathir bersara, Zahid menunjukkan sikap lantang menentang Mahathir, mahukan kronisme dan nepotisme berakhir dalam kerajaan Malaysia.

Ia adalah jelas bahawa Zahid masih mahu menjadi Menteri Pertahanan selepas PRU ke-13. Sinisnya, dia masih mahu mempengerusikan pembelian perkakasan tentera dan senjata yang lain. Rakan-rakan UMNO yang lain juga yakin bahawa Zahid ingin menjadi Men teri Besar Perak yang seterusnya. Spekulasi telah bertiup kencang bahawa dia berada di atas senarai panas calon-calon untuk menggantikan Zambry Kadir, yang telah tersilap langkah denga terlalu banyak melakukan kesilapan bodoh.

Mungkin ada benarnya sial yang dibawa kes pembunuhan itu. Mungkin juga roh Altantuya yang tidak tenteram bukan sahaja menghantui mereka yang terlibat secara langsung dalam pembunuhannya tetapi juga kepada mereka yang cuba menyembunyikan kebenaran daripada terbongkar.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: