Susan Loone
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bergegas pulang ke Pulau Pinang petang semalam untuk 'menyelami' pula krisis lain yang mungkin 'meletup' di konvensyen DAP negeri itu esok.Mereka adalah Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy; ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Thanasekharan (Bagan yang bertelagah mengenai kenyataan berhubung 'godfathers'.
Kenyataan tersebut muncul selepas pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh menasihatkan pemimpin parti itu supaya jangan menjanji dan mengumumkan kerusi untuk kepada kroni dan penyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebarang Keputusan mengenainya, tegas Karpal, adalah budibicara jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Lim dijangka menyelesaikan pertelingkahan tersebut bagi mengelak ianya 'meletup' di konvensyen parti itu esok.
Pertelingkahan itu semakin meruncing apabila Rayer yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, cuba mengadakan tunjuk perasaan bersama dengan kira-kira 40 yang lain, di ibu pejabat parti itu di Jalan Talipon semalam (Jumaat).
Rayer membatal hasrat itu atas nasihat Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang tetapi mengadakan sidang akhbar untuk menekan Ramasamy supaya menarik balik kenyataannya mengenai 'godfather' itu dan memohon maaf kepada pemimpin-pemimpin kanan parti.
Rayer juga mengecam pembantu peribadi Ramasamy Satees Muniandy, yang menulis dalam tweet mendakwa dua wakil rakyat telah "menyalahgunakan dana kerajaan negeri".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan