RONTOG DAILY
Amboi, garang sungguh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa berucap di depan anak-anak buahnya semalam.
Habis dibelasahnya pihak-pihak yang menyerangnya berhubung isu FNC, yang disebut juga oleh mereka-mereka yang nakal sebagai isu lembu di dalam kondo.
Selama ini Kak Jat memang tak buka mulut pasal isu itu. Dia buat bodoh saja. Rupa-rupanya tengah tunggu masa yang sesuai.
Dan masa itu tiba bila dia berada di depan para perwakilan wanita.
Tapi, kata seorang kawan, “Tunjuk garang dalam rumah sendiri…lepas tu depan anak-anak sendiri, boleh le. Puak tu memang jenis cium tangan dia, jadi apa yang dia cakap, sure okay belaka. Cuba di depan umum, suaranya mungkin tak keluar…mungkin hilang kat dalam kain aje.”
Sampuk seorang kawan yang lain pula, “Jangan kata di depan umum, kalau di depan Kak Pidah (Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO) pun belum tau dia suaranya keluar.”
Kak Jat mungkin berpuas hati sebab berjaya melepaskan geramnya. Tetapi bagi rakyat terbanyak yang menagih jawapan, mereka tak dapat apa yang mereka hendak. Kak Jat sekadar menepis isu itu, menolaknya ke tepi dan membalun pihak yang membangkitkannya.
Lebih mengharukan lagi bila dia cuba mengheret sama Wanita UMNO dalam isu itu. Dikaitkannya jasa dan perjuangan mereka dengan ‘penderhakaan’ pengarah strategi PKR yang terlibat mendedahkan isu fidlot itu.
Kak Jat sebenarnya tersilap besar kalau menyangka ucapannya semalam boleh membantu memulihkan imejnya dan mereka yang terlibat dengan isu FNC. Terlalu sedikit orang yang teruja dengan ‘jawapan’ dan serangan ke atas pihak lawan. Yang ramai ialah yang menggeleng-gelengkan kepala…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan