Khamis, 10 Mac 2011

Umno Selangor sedia hadapi pilihanraya umum

Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, pengundi memberi sokongan kepada calon BN.



PETALING JAYA: Umno Selangor telah bersedia menghadapi pilihanraya umum, kata Ketua Penerangan, Syukor Idrus hari ini.

“Jentera kita telah bersiap sedia, cuma tunggu dewan dibubarkan. Umno berada dalam keadaan merampas terbaik untuk merampas semula Selangor.

“Dan kita yakin akan menang ke atas Pakatan Rakyat kali ini,” katanya.

Katanya, berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau, pengundi memberi sokongan kepada calon BN.

Selangor ditawan Pakatan Rakyat selepas gabungan parti pembangkang itu menang kali pertama dalam pilihanraya umum 2008.

Syukor berkata, sejak Selangor diperintah Pakatan Rakyat pelbagai masalah berlaku kepada rakyat negeri itu.

Katanya, Kumpulan Darul Ehsan terpaksa meminjam wang kerajaan negeri berjumlah RM13 juta setahun untuk memberi subsidi air.

Manakala wang kerajaan negeri pula digunakan untuk membiayai kegiatan parti politik Pakatan Rakyat.

“Banyak projek yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya ujmum lalu tidak dillaksanakan.

“Buku Jingga hanya gimik sahaja, nama Selangor tidak ada dalam buku tersebut,” katanya.

Tiada ulasan: