Khamis, 3 Mac 2011

PRK Kerdau : Calon BN tiada ketokohan cuma tumpang populariti MB

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/02/calon-bn-kerdau.jpg

PASPB

TEMERLOH - Pas mendakwa pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau keliru kerana poster Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob lebih banyak daripada poster calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pangarah Pilihan Raya Pas DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini menimbulkan tanda tanya kepada pengundi siapa yang bertanding di kawasan berkenaan.

Menurutnya, Pas telah membuat bantahan berhubung isu itu dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengambil tindakan.

”Ia kedengaran melucukan, tetapi jika dibiarkan akan menimbulkan tanda tanya terutama pengundi golongan warga emas.

”Adakah calon BN ini tidak dikenali ramai sehingga terpaksa menumpang populariti Menteri Besar?” katanya pada sidang media di Markas Pas, semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sepanjang jalan Temerloh-Jerantut terdapat poster Adnan diletakkan antara poster calon BN.

Menurutnya, poster terbabit mempunyai persamaan penuh dengan poster calon BN dari segi saiz dan rupa.

”Ini bercanggah dengan Akta Pilihan Raya dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di DUN Kerdau.

Tiada ulasan: