Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, daripada 26,000 itu, 4,000 adalah ibu tunggal di Sabak Bernam.
“Seramai 2,000 daripada jumlah itu adalah ibu tunggal di peringkat usia emas yang kematian suami, manakala selebihnya lagi iaitu 2,000 adalah ibu tunggal muda dan pertengahan yang memerlukan perhatian dalam aspek jaminan kewangan.
“Mereka memerlukan jaminan kewangan memandangkan suami tempat mereka bergantung harap sudah tiada dan antara caranya adalah melalui kemahiran yang disediakan di Pusat Komuniti Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) (PKWD),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian PKWD Sungai Air Tawar, di sini.
Hadir sama, Penyelaras PKWD Sungai Air Tawar, Halimaton Mohd Ngalim.
Menurutnya, kewujudan PKWD dapat membantu ibu tunggal termasuk suri rumah yang mempunyai masa lapang mendapatkan kemahiran dan pada masa sama memberi kefahaman kepada wanita untuk berfikir tentang hak mereka.
“Melalui kemahiran mereka berkemampuan untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga dan menyara kehidupan yang boleh memberikan jaminan kewangan lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu Rodziah berkata, selepas mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, perkara pertama yang diberikan perhatian oleh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) adalah urus tadbir yang mesti diubah termasuklah urus tadbir kewangan dan kakitangan melalui perubahan paradigma mereka.
Menurutnya, Selangor sememangnya kaya dengan hasil cukai dan galian dan sebanyak RM1.4 bilion diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan