Rabu, 16 Mac 2011

PERKASA tetap curiga dengan alkitab Injil BM

MALAYSIA KINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meluahkan rasa curiganya mengenai kumpulan Kristian, termasuk di Sabah dan Sarawak yang berkeras mahu menggunakan alkitab Injil berbahasa Melayu.

NONEMenurut presidennya, Datuk Ibrahim Ali tuntutan mereka supaya kitab-kitab berkenaan yang dirampas di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan kuching sejak beberapa bulan lalu dibenarkan masuk adalah tidak masuk akal.

“Tak masuk akal kenapa sesetengah pihak berkeras hendak edar Injil bahasa Melayu walhal secara rasmi semua orang Melayu adalah beragama Islam.

“Kalau nak edar di kalangan masyarakat di Malaysia Timur, kenapa tidak dikeluarkan ikut dialek masing-masing? Kenapa mesti dalam bahasa Melayu yang bukan 'their mother tongue' (bahasa pertuturan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ibrahim juga membidas kumpulan berkenaan yang dakwanya, dalam hal lain seperti papan tanda, sekolah satu aliran dan sebagainya tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu.

azlan“Dalam hal lain seperti papan tanda, sekolah satu aliran dan sebagainya,ada pihak tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu walaupun urusan rasmi tertaluk d bawah Fasal I52.. tetapi kitab Injil, mereka mahu guna bahasa Melayu.

“Perkasa tetap curiga,” katanya.

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) pada 10 Mac lalu mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, setakat ini, 30,000 salinan kitab itu yang dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal terus ditahan.

church attacks sunday massBerikutan pendedahan itu, pelbagai pihak dan juga ahli politik Pakatan Rakyat tampil meminta Najib membuktikan slogan 1Malaysia yang dicanangkannya bukan semata-mata alat propaganda.

Akibat bidas yang bertalu-talu, lewat petang semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, dalam satu kenyataan akhbar berkata kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Kelang.

Tindakan itu, dikatakan selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”.

economic transformation programme 210910 idris jala 02Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau juga telah berhubung dengan CFM.

“Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang,” katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu kalimah Allah.

“Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia,” kata Idris lagi.

Tiada ulasan: