Jumaat, 18 Mac 2011

MIC bincang dengan PM kedudukan Murugiah

BERNAMA

Presiden MIC, Datuk G Palanivel, berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai kedudukan Datuk T Murugiah yang penggalnya sebagai ahli Dewan Negara tamat bulan depan.

NONE"Saya akan berbincang dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat...ianya akan diumum selepas itu. Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan yang boleh dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin MIC Perak, di Ipoh malam semalam.

Murugiah mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2008 dan penggalnya akan berakhir pada 18 April ini.

Susulan pelantikan tersebut, Murugiah yang ketika itu Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau dipecat daripada PPP selepas perselisihan dengan Presiden parti, Datuk M Kayveas.

Murugiah menyertai MIC pada Jun 2010.


Tiada ulasan: