Selasa, 1 Mac 2011

Lima dituduh sertai pertubuhan haram Hindraf

Zaidatul Syreen Abdul Rashid

Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Selayang di Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan bersama-sama menyertai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang iaitu Hindraf.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1996.

NONES Jayathas, K. Navakrishna, K Tamil Selvam, T Periasamy dan S Loshna Rau didakwa melakukan kesalahan itu di Bukit Kanching, Jalan Ipoh, Rawang pada 13 Februari lepas.

Loshna turut didakwa menghalang tugas penjawat awam yang sedang bertugas ketika itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ridha Abdah Subri manakala kesemua tertuduh diwakili peguam P Uthayakumar.

Uthayakumar berkata, lima pelanggannya itu enggan membayar ikatjamin sebanyak RM2,500 kerana mereka percaya yang mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Fail rayuan

Beliau berkata, arahannya ialah untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dalam tempoh 10 tahun, untuk membatalkan kes tersebut.

Uthayakumar berkata, beliau tidak tahu di mana kelima-lima mereka ditahan kerrana police enggan memberitahunya.

Awal hari ini, polis menangkap Selvan di rumahnya di Kampung Benggali di Rawang.

Pada kira-kira 3.15 petang, Jayathas dan tiga orang lagi ditangkap di ibupejabat HRP di Bangsar Utama, Kuala Lumpur, dan dibawa ke mahkamah.

Pada 13 Februari lalu, berlangsung konvoi yang disertai oleh aktivis HRP dan Hindraf kerana membantah penggunaan novel Interlok di sekolah menangah.

Polis bertindak terhadap peserta konvoi tersebut dan menangkap 59 orang.

Tiada ulasan: