Ahad, 20 Mac 2011

Libya: Serangan Barat bunuh 48, cedera 150 lagi

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Sebuah patung jet F16 Amerika Syarikat digenggam oleh seorang askar Libya di Bab Al- Aziziyah, 20 Mac 2011. — Foto Reuters

TUNIS — Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan “orang awam”, dakwa televisyen kerajaan hari ini.

Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh.

Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia).

Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn.

Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain.

Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali.

Dalam pada itu, hari ini seorang korespoden Reuters melaporkan dia melihat sekurang-kurangnya 14 mayat di sisi kenderaan-kenderaan tentera yang setia kepada Muammar, di sebelah timur Libya, yang diserang oleh tentera perikatan.

Jalan antara bandar Benghazi dan Ajdabiyah, bandar strategik ke sebelah timur Libya, kelihatan sebagai bandar yang musnah manakala berpuluh-puluh kenderaan terbakar, kata koresponden Mohammed Abbas.

1 ulasan:

ada otak berkata...

celaka laknatullah btul la geng ni..
rkyat libya mahu keluar dr mlut buaya dah kena makan kat rimau..mati katak la..kalu mati lwn gaddafi ok gak..dah haru biru dunia islam..