Sabtu, 19 Mac 2011

KENAPA SEKAT TERJEMAHAN INJIL?

Share

Oleh: MEDIA PKR TENOM

PERKARA 11 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin ‘kebebasan beragama', maka tidak ada sebab kenapa Kerajaan BN menghalang kemasukan ‘Al-Kitab Injil’ dalam terjemahan ke Bahasa Melayu sehingga terpaksa menulis di atas Al-Kitab Injil itu untuk "Penganut Agama Kristian Sahaja".

Halik Zaman selaku Exco Teknologi Maklumat Majlis Presiden PKR Sabah menyatakan rasa kesalnya tindakan yang tidak bijak oleh Kerajaan BN ketika mengulas surat mengenai pelepasan kemasukan kitab Injil dalam bahasa Melayu ke Malaysia mungkin telahpun dikeluarkan, tetapi bagi pengerusi Persekutuan Kritian Malaysia (CFM), Bishop Ng Moon Hing, ceritanya masih belum selesai.

Dalam kenyataan akhbar lewat petang selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala mengumumkan keputusan Putrajaya untuk melepaskan kitab Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan di Pelabuhan Klang dan di Kuching.

“Kita difahamkan pelepasan tersebut dengan bersyarat mesti ditulis untuk 'Penganut Agama Kristian Sahaja’, saya fikir tidak perlu ditulis begitu. Kecualilah Kerajan BN ada niat mahu menyekat,” kata Halik lagi.

Tegas Halik, umum tahu bahawa Al-Kitab Injil itu untuk penganut agama Kristian dan kebanyakan penganut agama Kristian di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak tahu berbahasa Inggeris dengan terjemahan ke bahasa Melayu maka mereka mudah faham dan tidak mungkin menjadi masalah kepada penganut agama Islam.

Seperti di negara Arab, kata Halik, Kitab Injil itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, di Indonesia dalam bahasa Indonesia dan di Eropah pula dalam bahasa Inggeris, namun penterjemahan tersebut tidak pun menggugat keselamatan rakyat dan negara. Kenapa di Malaysia dikenakan pelbagai syarat?

"Perpaduan hanya boleh dicapai dalam negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia dengan menanamkan perasaan hormat menghormati adat resam, budaya dan agama masing-masing seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tapi Kerajaan BN sebaliknya. Kenapa begitu?," tanya Halik lagi.

Tiada ulasan: