Ahad, 20 Mac 2011

Kenapa libatkan PAS Mersing? Demo sendirilah!

Oleh 21Halim

"Satu dua hari ini kita menerima makluamt orang yang tidak puas hati dengan Anwar Ibrahim buat demonstrasi. Berita Sinar Harian hari ini melaporkan aksi demo di Kluang dan Muar.

Barangkali pihak yang tidak puas hati itu cuba adakan aktiviti yang sama di Mersing. Sayangnya tiada sambutan. Habis hendak buat apa? Hati masih tidak puas hati kerana Anwar belum lagi serahkan DNA.

Lalu pihak ini bermesyuarat bersama syaitan. Keputusan mesyuarat segera dilaksanakan pada Hari Jumaat semalam ( 18 Mac ). Entah ambil bahan dari mana, tidak dapat dipastikan.

Hasilnya risalah 3 helai dicetak dengan menggunakan logo PAS secara haram. Ini yang membuat Encik Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing geram.

Menurut Encik Idris, beliau segera ke Masjid Sawah Dato' dan Masjid Kg Tenglu untuk mengutip saki baki risalah yang ditinggalkan oleh pihak yang baling batu sembunyi tangan setelah dihubungi oleh seorang ahli yang curiga dengan keadaan longgokan risalah tersebut.

PAS Mesing lazimnya akan meletakkan risalah di kenderaan para jemaah dan tidak pernah melonggokkan sebarang risalah di satu tempat.

Selain itu setiap risalh yang diedar mesti ada maklumat penerbit, misalnya atas nama PAS Kaw Mersing, PAS pusat dsb. Apabila diamati, ternyata risalah berkenaan bertujuan memberitahu ahli kariah betapa Anwar mesti memberikan DNAnya.

Katanya, PAS pusat amnya dan PAS Mersing khususnya tidak ingin campur tangan dengan mengganggu perjalanan kes liwat 2 di mahkamah yang sedang berlangsung kini. Justeru kehadiran risalah tersebut dirasakan pelik sekali.

Oleh itu, beliau menghubungi pimpinan PAS Kawasan yang kemudiannya mengarahkan beliau membuat laporan Polis.

Satu laporan Polis telah dibuat malam tadi.

Tiada ulasan: