Selasa, 8 Mac 2011

Kabinet lulus Majlis Pembangunan Luar Bandar di setiap kerusi Parlimen

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kabinet telah bersetuju dengan penubuhan Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) yang akan dipengerusikan oleh ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

“Majlis itu bukan sahaja memantau tapi juga memastikan perjalanan projek dapat diselaraskan sebaik mungkin.

“Ini juga untuk memastikan semua ahli Parlimen tahu apa projek yang sedang berjalan di kawasan mereka,” katanya pada majlis perjumpaan dan taklimat kementerian itu bersama anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional malam tadi.

Bagaimanapun, bagi kawasan Parlimen yang bukan di bawah Barisan Nasional, MPLB akan dipengerusikan oleh ketua bahagian.

Mengenai cadangan ahli-ahli Parlimen supaya kerajaan menyediakan peruntukan lebih kepada kementerian itu bagi melaksanakan projek pembangunan dan infrastruktur di kawasan luar bandar, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pihak atasan.

Tiada ulasan: