Selasa, 22 Mac 2011

Jelajah anak Terengganu di Perak 26 Mac

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Setiausaha Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong berkata Perantau akan memulakan jelajah bertemu dengan anak Terengganu di perantauan di seluruh negara bermula dengan Majlis Hi-Tea di Negeri Perak pada Sabtu, 26 Mac ini jam 5 petang di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Katanya, Perak dipilih sebagai negeri pertama oleh Perantau untuk program jelajah seluruh negara ini untuk beramah mesra dan berdialog serta mendengar pandangan balas berhubung dengan hasrat PAS Ganti Umno di Terengganu.

Ini, katanya kerana Perak mempunyai keistimewaan yang tersendiri bila Umno merampas negeri tersebut secara paksaan tanpa melalui demokrasi.

Beliau berharap anak-anak Terengganu yang berada di negeri Perak dapat hadir memeriahkan majlis dan berdiaog secara langsung dengan kepimpinan PAS Terengganu.

Turut serta dijemput sebagai rakan dialog adalah timbalan pesuruhjaya PAS negeri yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS Terengganu.

Tiada ulasan: