KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar.
Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa?
Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. “Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar,” katanya.
Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T?
Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu?
DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam?
Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab.
wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan