Rabu, 16 Mac 2011

Chong Wei Telefon Rosmah Untuk Dapat

Ditulis oleh shuaib ayob



SHAH ALAM : Juara All England Lee Chong Wei menelefon isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang menjanjikan pemain itu “hadiah istimewa” jika beliau menang dalam pertarungannya menentang Lin Dan kelmarin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau (Chong Wei) dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang. Saya juga dapat bercakap dengan Lee Chong Wei dan turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Atas kemenangan 21-17, 21-17 itu, Chong Wei diberikan sebuah jam tangan oleh Rosmah. Najib pula menghadiahkan pemain no 1 dunia itu RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Majlis berlangsung di Seri Perdana di Putrajaya hari ini, sebaik sahaja Chong Wei kembali pulang dari London.,

Rosmah adalah Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Najib menyifatkan panggilan telifon Chong Wei kepada isterinya itu sebagai satu “tabiat” sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

Tiada ulasan: