Ahad, 13 Mac 2011

BH Minta Maaf Karikatur Atas 'Ultraman'

TVS NEWS


SHAH ALAM : Berita Harian digesa supaya lebih berhati-hati untuk menyampaikan mesej tertentu berhubung bencana alam seperti penggunaan karikatur 'ultraman' dalam meremehkan kejadian tsunami.

Hal ini kerana, sikap tidak sensitif kepada musibah yang menimpa negara jiran melalui lakaran kartun seumpama itu mungkin boleh menjejaskan hubungan dua hala di antara dua negara, Jepun dan Malaysia.

" Perkara ini sebenarnya melibatkan hubungan luar dengan negara tetangga ini. Justeru perkara yang melibatkan sensitiviti itu harus difahami dan dijaga. Untuk mengelakkan perkara itu dari disalah tafsir, tindakan segera harus diambil," kata Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusoff.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor kesal dengan tindakan akhbar Berita Harian terbitan hujung minggu hari ini, memuatkan kartun yang menggambarkan watak 'Ultraman' sedang dikejar ombak Tsunami sehingga menimbulkan rasa kurang senang pembaca.

Malah di laman Twitter desakan supaya Berita Harian menarik balik dan meminta maaf berhubung paparan itu bermula sejak awal pagi tadi.

Bahkan, pembaca juga turut melancarkan petisyen 'online' meminta editor Berita Minggu dan Berita Harian segera berbuat seperti yang diminta.

Tidak ketinggalan, ahli-ahli politik juga turut mengusulkan hal sama.

" Di dalam respon kita terhadap sesuatu musibah kita perlu lebih berhati-hati di dalam menyatakan keprihatinan kita.

Bencana alam di Jepun yang menimpa negara itu pada Jumaat adalah bencana alam terbesar selepas 140 tahun.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter telah menggegarkan Wilayah Timur Jepun dan mengakibatkan Tsunami setinggi 10 Meter melanda Wilayah Miyagi dan
Iwata.

Sehingga 10 pagi ini, angkat rasmi yang terbunuh ialah 689 dengan 639 hilang dan 1,570 tercedera.

Bagaimanapun jangkaan ini merupakan jangkaan minima kerana banyak tempat khususnya di Bandar Sendai dan Iwata masih tidak dapat dimasuki pasukan penyelamat lantaran tiada akses akibat bencana itu.

Walau bagaimanapun, setelah diserang melalui laman Twitter, Pengarang Berita Harian melalui laman web Berita Harian petang ini telah meminta maaf dan memklumkan pihaknya tidak berniat untuk mempersendakan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hope that Berita Harian will be more sensitif of the kind of materials that they posted.

Jason berkata...

I hope they wouldn't repeat repeat their humiliating mistake again.

Paquin berkata...

Adakah patut buat macam tu.. Kesian ba tu orang di Jepun. huhu

Paquin berkata...

Apapun, semoga hal sebegini tidak berulang lagi.

Tanpa Nama berkata...

Berita Harian seharusnya bersimpati pada Jepun, bukan mempersendakan mereka. harap perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Bujang Senang berkata...

Lain janganlah dipermainan bencana alam yang berlaku.

Tanpa Nama berkata...

berniat atau tidak, karikatur itu telah berjaya membawa gambaran tidak baik bukan sahaja dalam negara malah di luar negara. saya harap ini benar2 memberi pengajaran kepada BH untuk lebih berhati2.

Tanpa Nama berkata...

Mereka sudah meminta maaf, harap BH TIDAK AKAN terlepas pandang lagi.