Ahad, 13 Mac 2011

29 Pelatih PULAPOL Masih Dirawat Di ICU HKL

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Dua pelatih lelaki Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut selepas dipercayai mengalami jangkitan virus 'Adenovirus'.

Komandan Pulapol SAC Zulkifli Mohamed berkata pelatih inspektor itu dimasukkan ke wad itu semalam manakala pelatih konstabel dirawat sejak 5 Mac lepas.

Mereka adalah antara 29 pelatih yang dijangkiti virus itu yang dikesan pada 4 Mac lepas dengan baki 27 lagi pelatih sedang dirawat di wad biasa HKL.

"Seramai 15 orang lagi adalah pelatih inspektor lelaki dan lapan pelatih inspektor wanita. Selebihnya adalah tiga pelatih konstabel lelaki dan seorang kakitangan Pulapol," kata Zulkifli.

Tiada ulasan: