Khamis, 3 Mac 2011

109 Dikenalpasti Lokaliti Wabak Denggi Di Seluruh Negara

TVS NEWS

KUALA LUMPUR 3 MAC : Sebanyak 109 lokaliti wabak demam denggi dikesan di 30 daerah seluruh negara untuk tempoh 20 hingga 26 Februari lalu, dengan sembilan daripadanya kawasan panas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata, enam kawasan panas itu ialah Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu di Johor.

Berikut senarai kawasan panas wabak denggi di Selangor.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

- Kampung Baru Sungai Terentang
- Taman Tun Teja Apartment Rawang
- Taman Muhibbah Rawang
- Selayang Baru K4
- Apartment Dahlia Bandar Country Homes

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Taman Ukay Perdana (Zon 2)

Sementara kawasan panas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah di Taman Miharja dan RKAT Ampat Tin, manakala di Johor ialah Kampung Pasir.

Beliau berkata, kadar pembiakan Aedes masih tinggi di kawasan panas dan beliau meminta ketua masyarakat menggerakkan penduduk melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan Aedes.

Menurutnya, jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes kepada 430 kes bagi tempoh 20 hingga 26 Februari dengan satu kematian, seorang lelaki berusia 63 tahun dari Johor meninggal dunia pada 23 Februari lalu selepas seminggu dijangkiti denggi.

Dr Mohd Ismail berkata, lima negeri menunjukkan peningkatan kes demam denggi untuk tempoh sama ialah Selangor meningkat sebanyak 16 kes, Perak (15 kes), Pahang (lapan kes), Pulau Pinang (tiga kes) dan Negeri Sembilan (dua kes).

Tiada ulasan: