Jumaat, 6 November 2009

Selangor Tuan Rumah Persidangan EAES

TV SELANGOR


Kerajaan Negeri melalui Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) Berhad buat kali keduanya menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan Antarabangsa “East Asian Entrepreneur’s Summit (EAES) di SACC Convec, Shah Alam.

Persidangan empat hari bermula semalam hingga 7 November ini merupakan satu pakatan kerjasama perniagaan bagi rantau Asia Tenggara yang telah bermula sejak tahun 1990 atas inisiatif kerajaan Kanagawa Prefectural, Jepun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap persidangan empat hari ini dapat mengembangkan jalinan kerjasama di antara kelima-lima negara yang terlibat.

“Adalah diharapkan yang EAES 2009 akan menjadi platform terbaik untuk menghimpunkan idea-idea dan pertemuan minda untuk semua penggiat industri serta mewujudkan rangkaian-rangkaian dengan pemimpin-pemimpin serantau dan ahli-ahli perniagaan”,katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian ketika berucap di majlis pembukaan persidangan ini di Shah Alam petang tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) Berhad, Dato’ Mhd Jabar Ahmad Kembali termasuk ketua degelasi empat negara anggota.

Persidangan kali kedua ini turut dihadiri oleh 239 orang peserta dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, ahli-ahli akademik, saintis dan ahli-ahli perniagaan.

Antara pengisian program sepanjang empat hari persidangan ini berlangsung termasuklah pembentangan kertas kerja dari negara-negara anggota EAES, sesi pemadanan perniagaan , pameran produk dan perkhidmatan daripada negara anggota dan juga lawatan ke sektor perindustrian dan pelancongan di Selangor.

EAES yang dianggotai oleh lima wilayah terdiri daripada kerajaan negeri Selangor, Industrial Estate Authority Of Thailand (IEAT), Taipei County,Taiwan, Gyeonggi Province, Korea dan Kanagawa Prefecture, Jepun.

Tiada ulasan: