Rabu, 11 November 2009

Pusat Pemindahan Banjir Di Pasir Mas Ditutup

BERNAMA


KOTA BAHARU -- Semua pusat pemindahan banjir di Pasir Mas ditutup apabila 111 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing petang Selasa.

Ketua Pegawai Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri (PKOBN) Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata sehingga pukul 6 petang ini, terdapat 1,335 orang yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di Tumpat.

"Semua jalan kini boleh dilalui, kecuali beberapa jalan kampung," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata paras air Sungai Golok dekat Rantau Panjang kini berada di bawah paras bahaya iaitu 8.89 meter (bahaya 9 meter).

Banjir di Kelantan sehingga kini meragut dua nyawa iaitu seorang murid Tabika Banggol Chica, Mohamad Syakimi Sayuti, 6, yang lemas setelah terjatuh ke dalam tali air ketika bermain di kampung Pak Sek, Pasir Mas, semalam dan Mohd Mazlan Yajid, 28, yang lemas ketika mandi di Sungai Banggol Kerian, Pasir Puteh, pada 6 Nov.

Tiada ulasan: