Rabu, 4 November 2009

Pengusaha homestay desak kerajaan tidak bubar MTPN

SINAR HARIAN ONLINE


NEGERI SEMBILAN - Lebih 200 pengusaha program homestay (inap desa) tempatan semalam mendesak Kementerian Pelancongan agar tidak membubarkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) di seluruh negeri pada penghujung tahun ini.

Desakan itu dibuat peserta Seminar Homestay & Integrasi Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Homestay Kanmpung Lonek Negeri Sembilan yang sebulat suara merayu agar kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan tidak membubarkan fungsi MTPN.

Pengerusi seminar, Aziz Desa berkata, kesemua peserta memohon agar pihak kerajaan menimbang semula keputusan untuk membubarkan MTPN.

“Sebenarnya MTPN banyak berjasa kepada pengusaha homestay dalam banyak perkara khususnya dalam mempromosikan serta membangunkan sejak ianya mula diperkenalkan. Tanpa MTPN barangkali usaha membangunkan ramai pengusaha-pengusaha homestay yang terdiri daripada orang-orang kampung akan gagal.

“Memandangkan peranan MTPN serta jasanya terhadap pembangunan program homestay tempatan amat besar sekali, tindakan membubarkan MTPN dilihat sebagai satu keputusan yang akan merugikan banyak pihak khususnya pengusaha program homestay yang selama ini banyak bergantung harapan pada MTPN,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tiada ulasan: