Jumaat, 6 November 2009

Cadangan periksa kereta 15 tahun dibatal

BERNAMA


Kerajaan menarik balik cadangan mewajibkan kereta yang berusia 15 tahun ke atas, melalui pemeriksaan mandatori tahunan untuk memperbaharui cukai jalan.

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini.

Menurutnya, kerajaan telah menerima banyak aduan sejak cadangan tersebut diumumkan.

"Kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini," kata kenyataan itu.

Pada 28 Oktober lalu, MITI mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk dasar tempoh jangka hayat Kenderaan.

Tiada ulasan: