Selasa, 10 November 2009

450 Pekerja Ladang Pulau Carey Terima Bantuan

SHAKIRA BUANG


SHAH ALAM - Lebih 450 pekerja ladang Pulau Carey, Selangor menerima sumbangan bantuan kewangan dari kerajaan negeri Selangor semalam.

Exco Kebajikan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata sumbangan bantuan tersebut diberikan kepada semua pekerja ladang di Pulau itu tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kita buat satu program khusus buat pekerja ladang disini dan beri mereka sumbangan kepada warga emas sampai orang-orang yang bekerja dalam ladang,” katanya.

Dr Xavier berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada pekerja ladang dalam sambutan perayaan Deepavali bersama rakyat di Pulau Carey, Selangor, semalam.

Menurut beliau hampir keseluruhan pekerja ladang di sini hidup dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan yang sewajarnya dan sudah menjadi agenda beliau bagi membantu mereka.

Seramai 28 orang pelajar turut menerima sumbangan iaitu cermin mata, dan bantuan kewangan kepada 14 orang pelajarTurut menerima sumbangan adalah seramai 28 pelajar yang menerima sumbangan cermin mata,14 pelajar cemerlang menerima bantuan kewangan dan kaum orang asli tidak dilupakan.

Dalam majlis yang sama Dr Xavier turut menerima dua kertas cadangan dari penduduk Pulau Carey bagi tujuan pembangunan di tempat mereka.

“Program perumahan untuk orang-orang pekerja ladang dan saya sedang bincang dengan simedarby dan pihak-pihak bertanggungjawab yang lain,” katanya.

Penduduk di kawasan itu juga turut memohon agar tiga buah sekolah Tamil yang terdapat di situ dinaik taraf kerana yang sedia ada terlalu daif.

“Mereka memohon untuk baiki tiga sekolah Tamil kerana yang ada sudah uzur, dan hal ini saya telah berbincang dengan SimeDarby dan PIBG sekolah dan SimeDarby sudah bersetuju dan sedia memberikan enam ekar tanahnya,” katanya.

Dr Xavier turut berharap kerjasama pelbagai pihak dapat memberi keselesaan penduduk Pulau Carey yang dari jauh ketinggalan dari pelbagai aspek.

Tiada ulasan: