KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan terhadap seorang ibu tunggal warga Filipina selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu yang dibelinya dengan harga RM5,000.
Tertuduh Rowena Llenado, 38, membuat pengakuan itu di hadapan majistret Stephanie Sherron Abbie selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Rowena didakwa memiliki MyKad palsu pada 3 Julai 2020 di sebuah rumah beralamat di L2-0, Blok L, Universiti Apartment 2 (UA2).
Tertuduh turut mengaku membeli kad pengenalan itu daripada bapa saudara kepada bekas suaminya dengan harga RM5,000.
Mengikut kertas pertuduhan juga, hasil semakan dibuat Jabatan Pendaftaran Negara mendapati semakan kedua-dua cap ibu jari tertuduh tiada dalam rekod jabatan dan nombor kad pengenalan 820728 12 6006 atas nama Rowena Llenado juga belum pernah dikeluarkan.
Rowena didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Negara 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda sehingga RM20,000, atau kedua-dua sekali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan