Ahad, 27 September 2020

PRN Sabah: Warisan tumbang

Ekhwan Haque Fazlul Haque

KOTA KINABALU 26 SEPTEMBER 2020. Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (tengah) bersama meraikan kemenangan Pakatan Nasional sempena PRN Sabah di Magellan Sutera Harbour. NSTP/ASWADI ALIAS.

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan 37 kerusi.

Ini sekali gus membolehkan GRS yang diwakili Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah dapat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh sebentar tadi.

"Keputusan ini setakat jam 11.30 malam dan 65 kerusi sudah diumumkan setakat ini.

"Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media di SPR Sabah, hari ini.

Dalam pengumumannya, Abdul Ghani berkata, PN memenangi 17 kerusi, BN (14 kerusi) dan PBS (enam kerusi).

Manakala, Parti Warisan Sabah (Warisan) memenangi 24 kerusi manakala bebas dua kerusi.

Lapan lagi kawasan masih dalam proses pengiraan.

Tiada ulasan: