PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan siasatan dimulakan ke atas isu pencemaran air Sungai Gong, Rawang.
Siasatan dibuat bagi meneliti unsur-unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.
“SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan untuk tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini,” katanya dalam kenyataann hari ini.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Mohamad Zin Masoad berkata, kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air Sungai Gong, didapati beroperasi tanpa lesen sejak 2014.
Data MPS juga menunjukkan kilang terbabit tidak pernah membuat sebarang permohonan lesen sejak beroperasi 6 tahun lepas.
Bahkan, kilang penyelenggaraan jentera terbabit adalah antara 308 kilang dikesan beroperasi tanpa lesen di bawah kawasan penyeliaan MPS.
Kira-kira 5 juta penduduk Lembah Klang dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Khamis ekoran pencemaran minyak yang dilepaskan dari kilang terbabit sehingga menyebabkan loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan