Rabu, 23 September 2020

32 PATI, 4 penyeludup diberkas ceroboh negara

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan mengambil 
tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan 
agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama 
di lorong tikus.

PETALING JAYA: Seramai 34 pendatang asing tanpa izin (PATI), 4 penyeludup dan seorang tekong ditahan pihak berkuasa menerusi Operasi Benteng semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa turut merampas sebuah bot dan 3 kenderaan darat.

“Sebanyak 91 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam melibatkan polis (69 SJR), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (10 SJR), dan tentera (12 SJR).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail turut menaklumkan polis turut menahan 65 individu ingkar arahan PKPP semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 63 individu dikompaun manakala 2 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan termasuk tidak memakai pelitup muka (35), premis beroperasi tanpa kebenaran (8), penjarakan fizikal (7), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (7), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (4), masuk kawasan PKPD tanpa alasan munasabah (3), dan gagal membayar caj kuarantin (1),”katanya.

Tiada ulasan: