Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Kita tak pernah mahu belajar daripada sejarah. Terus ulangi kesilapan demi kesilapan. Mahu bina negara atau bangsa? Jangan biarkan kaduk naik junjung
MENYAMBUNG kembali coretan saya di Facebook sebelum ini mengenai tindakan SPRM menyediakan portal dalam bahasa Cina bagi memahamkan orang Cina mengenai rasuah, memang mengejutkan rakyat yang sayangkan negara ini.
Tindakan spontan saya, terus mengeluarkan kenyataan, tindakan yang bodoh. SPRM nak marah pun, marahlah.
Begitu ramai professional yang dilantik, tidak ada seorangkah yang menyuarakan bantahan. Apakah yang sebenarnya, yang bermain dalam pemikiran SPRM ini? Puas saya memikirkan.
Apakah dengan menyediakan portal mandarin SPRM akan dapat mengurangkan masalah rasuah? Apakah dengan fahamnya orang Cina tentang rasuah, maka salah laku ini dapat dikurangkan?
Percayalah, sekiranya kuasa wang masih berada di tangan ultra kiasu, selagi orang Melayu tidak berasa jijiknya rasuah, lebih haram daripada haramnya makan babi, selagi itulah amalan rasuah akan terus berlaku.
Tidak ada yang memberi atau menyogok, mana mungkin datangnya yang menerima. Mana satu yang lebih bersalah? Memberi atau menerima? Dua dua atau yang memberi dahulu? Fikir-fikirkan.
Selagi tidak disokong dengan undang-undang keras rasuah, seperti hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, selagi itulah rasuah akan terus berlaku.
Inilah yang sepatutnya menjadi fokus kajian SPRM, bukan membazirkan duit kerajaan menyediakan portal bahasa Mandarin.
Bila ada precedent nanti, bertambah besarlah kepala ultra kiasu, mahukan semua institusi kerajaan turut menggunakan bahasa Cina, bagi memahamkan orang Cina tentang peranan semua institusi kerajaan. Sehingga pembanci-pembanci yang membuat banci terpaksa membawa penterjemah bagi memahamkan orang Cina terhadap banci. Semakin mengada-ngada.
Sebab itu, ultra kiasu tidak teragak-agak, memandai-mandai menambah tanda nama jalan dalam bahasa Cina seperti yang berlaku di Kuching, Sarawak baru-baru ini, meskipun bertentangan sama dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Langsung tidak ada sifat bersalah mengenepikan bahasa kebangsaan secara sengaja.
Apakah kita sudah lupa, dahulunya, siaran berita bahasa Cina di TV2, ke udara pada jam 6.00 petang. Selepas itu, kita beri muka dan tukar kepada masa prima kepada 8.00 malam.
Kemudian, kita mahu ubah balik, kerana mahukan siaran prima menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Akibatnya, ditentang hebat oleh pemimpin ultra kiasu. Akhirnya, siaran berita mandarin kekal jam 8.00 malam. TV7, TV8 dah macam channel di negara China. Belum termasuk lambakan channel swasta. Salah siapa?
Kita sediakan platform, orang Cina tengok berita Cina, siaran Cina, maka jadilah mereka secina-cinanya. Jangan haraplah mereka akan tukaf kepada siaran bahasa Melayu. Sampai bila orang Cina akan belajar memahami bahasa kebangsaan?
Apabila ada bukti yang menjadi precedent, akhirnya semua tidak boleh diubah.
SPRM pun satu hal, jika sudah terlalu banyak belanjawan yang disediakan kerajaan setiap tahun, gunakanlah bagi tujuan yang lebih bermanfaat dengan membuat kajian-kajian yang boleh membantu SPRM dalam membenteras rasuah. Tetapi bukan dalam soal menyediakan portal dalam bahasa Mandarin.
SPRM sudah tentu banyak berjalan melihat pengalaman negara-negara lain di dunia, adakah keadaan ini berlaku? Jawapannya, sudah tentu tidak.
Justeru, sudah sampai masanya Dewan Bahasa dan Pustaka diberikan kuasa untuk memantau semua perkara ini. Kuasa untuk menyaman sesiapa sahaja, termasuk SPRM jika jahil dalam memahami kehidupan bernegara berpaksikan perlembagaan. Kedaulatan perlembagaan tidak boleh dipermainkan.
Melihat kepada iklan-iklan, banner, bunting, poster dan sebagainya begitu mengerikan. Sesiapa bebas untuk menggantung informasi dalam bahasa yang disukai.
Ini belum lagi termasuk SJKC yang dibiayai kerajaan sepenuhnya. Nama-nama SJKC dan lencana SJKC majoritinya tertera dalam bahasa Cina dahulu, ikuti dengan bahasa Melayu. Ada yang langsung tidak menggunakan BM.
Sepenuhnya bahasa Cina. Ini tidak termasuk lagi nama-nama bangunan.
Kita menjadi hairan, apa erti kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan, perkara 152. Benar, bahasa lain bebas untuk diamalkan, tetapi sama sekali tidak boleh menenggelamkan bahasa kebangsaan.
Cuba lihat bagaimana akhbar Cina yang dibaca majoriti orang Cina, yang terbit dua kali sehari memainkan isu mencinakan orang Cina sehingga menjadi ultra kiasu. Bagaimana berita fitnah sudah menjadi mainan mereka, walaupun kita sering menuding jari akhbar bahasa Melayu yang banyak menfitnah.
Sebab itulah saya menyokong sepenuhnya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan Sin Chew Media Corporation kerana fitnah berhubung penggunaan foto peribadi lawatan ke Belanda dan mengaitkan ia dengan lawatan ke Turki baru-baru ini. Khairuddin menuntut ganti rugi RM1 juta kerana penggunaan foto peribadinya bersama isteri dan mendakwa mereka bercuti ketika berada di Turki untuk urusan rasmi pada Julai.
Saman RM1 juta terlalu sedikit berbanding dengan ‘damage’ yang telah dilakukan ultra kiasu ini. Sepatutnya saman RM 50 juta. Biar ultra kiasu tahu langit tinggi ke rendah.
Selama ini, kita asyik menyalah akhbar bahasa Melayu menyebarkan fitnah. Kita tidak pernah melihat bagaimana akhbar ultra kiasu, menjadi bapa penfitnah saban hari.
Mana nak dapat kebebasan sebegini di dunia ini kecuali di Malaysia. Malangnya tidak ada tindakan dikenakan. Sepatutnya KDN sudah lama mengharamkan akhbar yang tidak membawa kepada pembinaan negara bangsa ini.
Apakah kebebasan seperti ini akan diperolehi di negara China?
Baik sungguh pemimpin Islam hari ini. Kerana mahukan undi, yang tidak sepatutnya diberi, terus diberi, sehingga maruah tergadai. Apa balasan yang didapati?
Memetik komentar Azhari Lubis Hamzah (18 September 2020) dalam FB saya, di negara China tidak ada bangsa Melayu mendapat status warganegara dan kad pengenalan palsu untuk dijual. Begitu juga tidak ada bangsa Melayu di negara India yang memiliki status warganegara. Tetapi di Malaysia, bangsa-bangsa bukan Melayu dilayan istimewa oleh bangsa Melayu yang beragama Islam sendiri. Nak warganegara diberikan, walaupun pada asalnya pendatang. Nak bahasa dan mengamalkan budaya adat resam serta agama diberikan kebebasan. Sehinggakan perkataan Tuhan nak ditukar kepada kalimah Allah dalam bible pun diberikan hak. Belum lagi cerita tanah yang diceroboh dapat keistimewaan lebih daripada orang Melayu sendiri, kena ikut undang-undang. Orang Melayu nak berniaga kena ikut undang-undang tetapi mereka dilayan lebih istimewa.
Susu yang diberi, tuba yang dibalas.
Justeru, berkaitan dengan portal mandarin SPRM dan tindakan mengenepikan kedudukan bahasa kebangsaan, sudah tiba masanya Pindaan Akta DBP 1959 dibuat segera. DBP mesti diberikan gigi dan taring. DBP tidak hanya boleh dilihat sebagai institusi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu semata-mata. Jika setakat itulah kuasa DBP, sekolah pun mampu lakukan.
DBP mesti diberikan punca kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar terhadap penggunaan bahasa Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan