Sabtu, 26 September 2020

Fokus pada PRN Sabah, dapatkan penjelasan dalam mesyuarat MN

 SUARA MERDEKA

KEPIMPINAN Pas boleh mendapatkan penjelasan mengenai sokongan UMNO terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat induk Muafakat Nasional dalam semangat ukhuwan yang akan diadakan minggu depan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Ayraf Wajdi berkata,  ketika ini rakan-rakan dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional perlu memberi fokus terhadap Piliah Raya Negeri Sabah yang akan berlangsung esok.

“Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat Nasional SECARA TERTUTUP, pimpinan boleh dapatkan penjelasan atas semangat musyawarah dan ukhuwwah,” kata Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi juga berkata, UMNO juga memerlukan penjelasan Pas yang menjadi salah satu daripada komponen Perikatan Nasional.

Menurutnya, UMNO tidak akan membelakangi Pas dalam setiap tindakan yang akan diambil. Malah parti itu juga tidak akan sama sekali mengkianati piagam Muafakat Nasional.

“Sama-sama perlukan penjelasan termasuk penyertaan PAS sebagai salah satu komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional.

“InsyaAllah UMNO tidak pernah membelakangi PAS jauh sekali untuk mengkhianati prinsip bersama sebagaimana yang digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional,” kata Asyraf Wajdi.

Beliau menjawab kenyataan media Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang meminta penjelasan daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan Ahli Parlimen UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Takiyuddin berkata, sekiranya keadaan itu benar, bermakna UMNO tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 14 September 2019.

“Sukacita diingatkan, Piagam Muafakat Nasional dizahirkan berteraskan matlamat untuk menyatupadukan umat Islam dalam negara, sekali gus berusaha mengalahkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui PKR, DAP dan Amanah.

“Sekiranya peralihan ini benar, ia boleh dianggap sebagai satu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan Takiyuddin menyusul selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-SM

Tiada ulasan: