Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai kematian seorang anggota Tentera Darat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuarters kediamannya di Kem Majidee, Batu Pahat hujung bulan lalu akan diketahui dalam masa terdekat.
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat apa-apa penjelasan mengenai kematian warga Tentera Darat tersebut.
“ATM masih menjalankan siasatan,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Dalam kejadian tersebut, Abdul Aziz Aznam, 20, dari Ipoh, Perak menghembus nafas terakhirnya pada pukul 2.30 petang semalam ketika sedang menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail.
Kematiannya, akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.-UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan