Oleh Media Mulia
MERSING: Syarikat e-hailing, Grab memperluaskan perkhidmatannya di Johor meliputi Mersing dan Segamat bagi memperkasa komuniti luar bandar dalam ekonomi digital selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Ketua Luar Bandar Grab Malaysia, Ben Chin berkata, rancangan tersebut yang bakal diikuti perkhidmatan GrabFood dan GrabMart dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.
“Ini sebahagian usaha Grab untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutamanya di luar bandar.
“Pengembangan ini sebahagian usaha kami bagi memenuhi keperluan rakyat khususnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan ekonomi gig,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sebelum ini, Grab Malaysia mempunyai perkhidmatannya di Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Muar.
Menurut Ben Chin, pada masa sama, pihaknya mahu mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan merangkumi sektor pengangkutan, penghantaran makanan dan barangan.
“Melalui usaha ini, kami berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan tempatan dan rakan kongsi lain untuk terus menyokong kegiatan ekonomi digital di kawasan masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan