Rabu, 17 Jun 2020

Tak adil paksa Anwar terima Tun M calon PM-9

TIDAK adil untuk memaksa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke-9 (PM-9)

Menurut Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad juga adalah tidak adil untuk memaksa Anwar selepas apa yang dilalui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Setakat ini Pakatan Harapan belum mencapai kata sepakat isu Perdana Menteri ke-9.

“Justeru tidak adil untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM ke-9 apatah lagi dengan apa yang beliau lalui sebelum ini,” kata Nik Nazmi.

Nik Nazmi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata,  pemaksaan itu juga tidak adil tambahan rekod Dr. Mahathir dalam isu peralihan kuasa yang menimbulkan ketidaktentuan ketika Pakatan Harapan memerintah sebelum ini.

Nik Nazmi mendakwa  krisis politik yang dilalui negara selepas Langkah Sheraton berpunca tindakan Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri tanpa berhubung dengan rakan-rakan dalam PH.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu juga berkata, sehingga kini Anwar dilihat calon terbaik sebagai Perdana Menmteri seterusnya.

“Krisis politik yang kita lalui selepas Langkah Sheraton sebahagiannya berpunca dari tindakannya meletak jawatan tanpa berbincang dengan rakan-rakan PH dan keyakinan bahawa Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS bersamanya.

“Malaysia perlukan permulaan baru, kerajaan bersih yang fokus untuk ekonomi yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat. Calon terbaik adalah Anwar Ibrahim,” kata Nik Nazmi.-SM

Tiada ulasan: