KUALA LUMPUR – Pemuda Negara Kapar terkesima dengan pandangan Datuk Seri Amirudin Shari supaya Dr Daroyah Alwi meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa ekoran keputusan beliau untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ameer Asshafif yang mempersoalkan cadangan tersebut bertanya, adakah saranan Menteri Besar Selangor itu bertujuan untuk menyediakan kerusi DUN Sementa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli.
”Ini kerana, kami yakin kepimpinan dan akar umbi PKR masih melihat YAB Amirudin Shari sebagai ‘kartel Azmin’. Datuk Seri Amirudin Shari in’ yang hanya ‘berlakon setia’ semata-mata untuk mengekalkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor.
”Jangan lupa, melalui beberapa gambar yang viral, Dato’ Menteri Besar juga dituduh terlibat sama dalam merancang Langkah Sheraton. Malah, beberapa pegawai dan rakan-rakan Dato’ Menteri Besar juga ada bersama kami di Sheraton pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pemuda Negara Kapar, tambahnya juga berpesan supaya Amirudin supaya berhati-hati dengan cadangan tersebut kerana dikhuatiri akan memakan diri sendiri sambil mendoakan agar Menteri Besar Selangor itu diberikan kekuatan dan ketabahan untuk berdepan intrik politik dalam PKR yang pasti tiada kesudahannya.
Semalam, Dr Daroyah yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.
Keputusan itu dibuat selepas beliau hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Presiden PKR dan juga pimpinan parti kerana alpa dengan idealisme perjuangan serta hala tuju parti.
Daroyah juga terkilan dan kecewa kerana yang berjasa menjadi korban dan berlaku siri terancang pemecatan serta penggantungan anggota terutama melibatkan rakan seperjuangan yang lama memperkasa parti. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan