KUALA LUMPUR – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) melihat kerjasama politik di antara Barisan Nasional (BN) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin mantap dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tanpa menghiraukan perang psikologi pembangkang, Pas akan terus komited mempertahankan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pas juga amat yakin kerjasama dan sikap bertoleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan Kerajaan PN sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri-negeri sehingga ke akhir penggal,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerjasama Pas dan UMNO yang membentuk Muafakat Nasional telah dimuktamadkan melalui satu Memorandum Persefahaman yang dimeterai pada 14 September tahun lepas.
Ini diikuti pemeteraian MoU oleh Pengerusi-Pengerusi dan Presiden-Presiden BN, PPBM, PAS dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak secara rasminya telah membentuk Perikatan Nasional (PN) selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 29 Februari lalu.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan