KUALA LUMPUR – Tengku Muhammad Taufik Tengku Abdul Aziz, yang baharu dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Petronas merupakan bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat minyak itu yang dilantik Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Oktober 2018.
Lantaran itu, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tuduhan bahawa Tengku Muhammad Taufik adalah Pemuda UMNO merupakan satu propaganda serta fitnah DAP dan PH yang amat dahsyat.
”Mereka memainkan propaganda bahawa CEO Petronas dilantik sebab dia Pemuda UMNO dan tidak berkelayakan.
”Tetapi depa lupa kah? CEO Petronas ini dulu adalah CFO lantikan PH pada Oktober 2018,” katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, para penyokong DAP-PH pula seolah-olah telan sahaja semua yang mereka baca dan diberitahu oleh DAP-PH.
Sedangkan, strategi DAP-PH ini meracuni minda-minda orang ramai supaya marah dan benci Barisan Nasional (BN) dan terus sokong DAP-PH.
”Bahan-bahan ini disebarkan di Facebook, di WhatsApp.
”Penyokong PH pula meloncat tanpa periksa.
”Inilah dia. Kena pukau,” ujarnya sambil menyatakan walaupun ditipu tetapi ada yang masih menyokong dan percaya kepada DAP-PH. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan