Isnin, 15 Jun 2020

Fitnah: Tuduhan UMNO Isytihar Keluar PN Berniat Jahat – Tok Mat

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO keluar daripada Perikatan Nasional.

Jelas beliau, berita yang kini tular di media sosial itu disifatkan sebagai satu fitnah yang mahu memburukkan UMNO.

“Semalam tak ada mesyuarat MT pun, saya dan keluarga ada di kampung Rantau.

“Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah nak memburukkan pemimpin UMNO,” ujar beliau menerusi status yang dimuatnaik di facebook beliau.

Berita tidak benar yang tular di media sosial itu melaporkan kononnya UMNO isytihar keluar daripada gabungan Perikatan Nasional berkuatkuasa serta-merta.

Dalam laporan tersebut juga menyebut mesyuarat yang dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan keputusan tersebut.

Berikut adalah antara yang dilaporkan dalam berita palsu tersebut;

Timbalan presiden UMNO yang sebelum ini lantang mengkritik perikatan tersebut lega apabila semua pimpinan tertinggi bersetuju membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.

“Datuk Zahid Hamidi dan saya selaku presiden dan timbalan presiden Parti tidak diberikan jawatan kabinet pun dalam kerajaan. Ini satu keputusan yang tidak dapat diterima dan seolah olah menghina akar umbi UMNO”

“Kita tengok lah. Sampai mana PPBM ni dapat pergi. Selama ini mereka hanya memperkuda UMNO untuk mendapat kuasa Perdana Menteri”. Ujarnya lagi.

Muafakat Nasional bersama PAS ,dan gabungan BN seperti MCA ,MIC dan PBRS di Sabah cukup yakin dapat memenangi hati rakyat menjelalang PRU 15.

“No no no. Kita akan lawan PPBM dan PH. Perkara ini sudah dimuktamadkan. PPBM akan kekal menjadi persaingan UMNO.” Tambah beliau. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: