Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony dihadapkan ke Mahkamah Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram RM8.75 juta yang membabitkan RISDA.
Peter yang berpakaian sut hitam tiba jam 8.15 pagi dengan ditemani peguamnya, Martin Tommy.
Semalam, Peter tampil di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi memberi keterangan kira-kira tiga jam berhubung kes itu.
Sebelum itu, beliau turut disiasat oleh SPRM Sabah pada Selasa mengenai beberapa projek berkaitan kerajaan negeri susulan terdapat laporan dibuat oleh pihak tertentu.
Peter yang juga Adun Melalap adalah seorang kontraktor sebelum beliau menceburi arena politik secara serius pada 2018 dengan menjadi wakil rakyat bagi kawasan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan