Isnin, 1 Jun 2020

38 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian

PUTRAJAYA: Tiada korban baru akibat wabak Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan angka keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 115 orang.

Dalam perkembangan sama, 38 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,857 orang sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 38 kes baru yang dilaporkan, 26 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 12 kes penularan tempatan, 6 kes adalah bukan warganegara dan hanya 6 kes dalam kalangan warganegara Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ketika ini seramai 1,338 pesakit sedang dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 8 dirawat di unit rawatan rapi dengan 2 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, 51 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa sembuh 6,404 orang sehingga kini.


Tiada ulasan: