Usul undi tak percaya tidak sesuai dengan keadaan semasa negara
BANGI
– Tidak wajar pembangkang khususnya Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr
Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan negara masih ‘berperang’
dengan wabak pandemik COVID-19.
Penganalisis
politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, dalam keadaan
negara sedang menghadapi masalah besar, semua pihak termasuk pembangkang
sepatutnya turut serta membantu kerajaan dalam menangani wabak.
Usul undi tidak percaya yang dikemukakan seolah-olah menyekat perubahan dan kembali kepada kerajaan lama iaitu PH, katanya.
“Jika
banding secara umumnya, mana yang lebih baik? Pimpinan PH atau PN?
Keadaan sekarang lebih membawa kestabilan dan kesejahteraan kepada
rakyat, selain dasar yang dibina lebih membawa kebaikan.
“Jadi apakah kita harus kembali semula kepada kerajaan sebelumnya, dengan pelbagai persoalan gagal dipenuhi,” soalnya.
Justeru,
beliau menegaskan usul undi tidak percaya yang mahu dibawa pada sidang
Parlimen 18 Mei ini bukan masa yang sesuai dengan keadaan semasa negara,
meskipun tindakan Dr Mahathir mengikut garis Perlembagaan, katanya.
“Melihat
kepada pimpinan Tan Sri Muhyiddin secara umum boleh diterima sebahagian
besar rakyat Malaysia. Bahkan, beliau juga berjaya membentuk kestabilan
baru politik dan menyesuaikan polisi dengan keadaan ekonomi semasa.
“Biarpun
kerajaan Perikatan Nasional (PN) menguatkuasakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), tetapi dalam masa sama mereka membantu kebajikan
rakyat,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Kemelut
politik negara kembali meruncing apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri
Mohamad Ariff Mohd Yusof memaklumkan pihaknya menerima usul undi tidak
percaya terhadap Muhyiddin.
Usul
berkenaan dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir pada 4 Mei
lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan
Mesyuarat 27(3).
Sebelum ini,
Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan mereka tidak
mengiktiraf kerajaan pimpinan Muhyiddin kerana mendakwa ia tidak
mendapat mandat rakyat.
Kedua-duanya menyatakan prinsip mereka jelas dari hari pertama kerajaan PN ditubuhkan, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat.
Memuji
kerajaan hari ini, Dr Mat Yazid berkata, beliau juga keliru dengan
kenyataan bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng
sebelum ini yang mendakwa negara tidak mempunyai wang.
“Ia
seolah-olah kita sesak nafas dengan apa yang diucapkan oleh menteri
kewangan PH. Tetapi, apabila Menteri Kewangan sekarang, Tengku Datuk
Seri Zafrul Abdul Aziz kata kita masih ada keupayaan dan boleh membantu
mencergaskan ekonomi, ia kembali melegakan.
“Jadi, kita
nampak disitu ada satu situasi kewangan yang sangat berbeza di antara
menteri PH dan PN, di bawah Tan Sri Muhyiddin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan