Harapan rakyat mahu lihat perundangan negara dimartabatkan semula
RAKYAT
berterima kasih kerana ‘tempoh malang’ perundangan negara sudah
berakhir. Alhamdulillah tokoh yang berwibawa dan berintegriti dipilih
sebagai Peguam Negara baharu.
Tahniah Tan Sri Idrus Harus. Semoga mampu
melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan adil.
Sebelum
ini, rakyat amat kecewa dengan sistem perundangan negara. Berat sebelah,
paling malang ‘rule of law’ yang dilaung-laungkan hanya omong kosong.
Keadilan seperti mereka yang punya. Pilih kasih jangan dikata. Itu yang
diamalkan.
Pedang
yakin siapa pun takkan lupa sosok tubuh bekas Peguam Negara, Tan Sri
Tommy Thomas. Beliau lah yang berbahasa Inggeris ketika sidang media
pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak suatu ketika
dahulu, sehingga menimbulkan kekecohan di kompleks Mahkamah Kuala
Lumpur.
Tindakan
Tommy itu dikritik hebat, kerana bagaimana seorang peguam negara yang
sepatutnya menggunakan bahasa Melayu dalam prosiding perbicaraan kurang
fasih bahasa kebangsaan, sehingga memaksa beliau memohon maaf dan
berjanji akan memperbetulkan keadaan.
Sejak itu,
satu persatu tindakan Tommy dipersoal. Beliau menggugurkan sepenuhnya
beberapa kes berprofil tinggi membabitkan hubungan diplomatik negara
tanpa alasan munasabah. Antaranya kes penderaan yang menyebabkan
kematian pembantu rumah Indonesia, Adelina Jerima Sau dan juga kes dua
suspek warga Vietnam dan Indonesia dalam kes pembunuhan warga Korea
Utara, Kim Jong Nam.
Tommy juga
membatalkan arahan untuk mendakwa aktivis liberal, Siti Kassim yang
didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang
Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016
(RUU 355).
Lebih
memalukan, apabila tularnya video tarian ‘twist’ Tommy dengan Siti
Kassim sebelum kes itu digugurkan – rakyat persoal di mana integriti
Tommy sebagai peguam negara?
Bukan itu
sahaja, Tommy juga berani mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan
A-Levels untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman
(CLP).
Beliau
juga dikaitkan dengan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd
Kassim kerana didakwa menghina mahkamah dan menyalahi prinsip
perundangan inkues. Tommy secara tidak bertanggungjawab dan subjudis
telah membuat satu afidavit dengan menyatakan pendirian awal mengenai
punca kematian Adib.
Paling
terkini sebelum beliau meletakkan jawatan, Tommy telah menghentikan
prosiding undang-undang terhadap 12 individu termasuk 2 pemimpin parti
tamak halona DAP yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas
LTTE.
Tommy
menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas
untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan
yang sedang dihadapi mereka.
Pedang
merasakan kegagalan Tommy memelihara kedaulatan dan keluruhan
Perlembagaan telah merobek kepercayaan rakyat terhadap sistem
perundangan negara.
Beliau
sepatutnya menjadikan perkara berkenaan sebagai keutamaan dan bertindak
secara adil tanpa mengambil kira fahaman politik kerajaan yang
memerintah mahupun pendirian politik peribadi.
Pedang melihat perbuatan Tommy sebelum ini amat berbahaya dan kini perlu ditangani segera oleh Tan Sri Idrus Harun.
Tindak-tanduk
Tan Sri Idrus pastinya diperhati dengan penuh minat oleh rakyat, sama
seperti perhatian yang mereka berikan kepada kepemimpinan Perikatan
Nasional (PN) kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali, kerajaan baharu
bersikap seperti kerajaan PH yang begitu mengecawakan.
Namun
Pedang yakin anak kelahiran Sanglang, Kedah yang kini berusia 65 tahun
itu seorang yang berwibawa dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai
peguam negara dengan baik sesuai pengalaman luas beliau dalam bidang
perundangan selama 40 tahun.
Kita
harapkan Tan Sri Idrus akan meneruskan kes perbicaraan membabitkan
pemimpin BN dan janganlah dihentikan secara mengejut seperti yang pernah
dilakukan oleh rejim pemerintahan terdahulu.
Pedang
juga memohon jasa baik peguam negara untuk membuka semula kertas
siasatan berkenaan tahanan LTTE yang dibebaskan, selain cuba memberi
keadilan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba Allahyarham
Muhammad Adib Mohd Kassim.
Di bahu Tan Sri Idrus kini terletaknya harapan rakyat Malaysia yang mahu melihat sistem perundangan negara dimartabatkan semula.
Kata Pedang: Apa khabar dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan