BAU: Beri peluang kepada Tan
Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan tugas mentadbir negara sebagai Perdana
Menteri, kata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi
Abang Johari Tun Openg.
Ini merupakan kenyataan pertama Ketua Menteri Sarawak itu selepas pelantikan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu.
Ini merupakan kenyataan pertama Ketua Menteri Sarawak itu selepas pelantikan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu.
"Pada mulanya kami menyokong Tun Mahathir dan selepas beliau meletak jawatan (sebagai Pengerusi Bersatu) banyak pula isu timbul. (kejap) kiri (kejap) kanan. Sebab itu kita sokong Muhyiddin.
BACA: Mesyuarat tertutup pimpinan tertinggi GPS di Kuala Lumpur pada Ahad
BACA: GPS perjelas kedudukan parti selepas pelantikan PM baharu
"Bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa, pada masa ini kepentingan Sarawak adalah yang paling utama," katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Serabak, Bau pada Ahad.
Selepas majlis itu, Abang Johari dijadualkan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat tertutup GPS bersama pimpinan dan ahli parlimen gabungan itu.
Muhyiddin pada Ahad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan