TERDAHULU Rafizi mengatakan dia tidak berniat kembali aktif dalam politik selepas dibebaskan daripada hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) 15 November lalu.
“Masalah utama orang politik baik BN dan sekarang PH apabila menang jadi kerajaan, dia tak hidup seperti orang biasa, dia jadi lupa daratan, terpisah dari realiti.
“Jadi saya rasa masa PH berkuasa adalah zaman saya kembali jadi orang biasa, cari makan macam orang biasa,”
Itu laporan Malaysiakini bulan November 2019. Satu pengajaran yang kita terima sepanjang pemerintahan PH ini adalah lahirnya ramai pimpinan yang ‘flip flop’ tonggang terbalik dan cakap berpusing-pusing.
Tiba-tiba si polan yang mahu kembali jadi orang biasa ini mengeluarkan kenyataan dari Singapura atas isu peralihan kuasa Perdana Menteri.
Kata Rafizi kononnya rakyat semakin hilang sabar berhubung penyerahan jawatan PM dari Tun ke Anwar.
Oleh itu perlu dinyatakan tarikh yang jelas dan jika Tun enggan tarikh yang diputuskan perlu dipaksa ke atas beliau.
Cukup keras kenyataan orang yang mahu kembali menjadi orang biasa ini.
Untuk rekod Rafizi-lah antara tokoh penting mendraf Manifesto PH yang hari ini menjadi sasaran maki hamun dan kemarahan rakyat.
Pada hari ini yang sibuk mahu lihat peralihan kuasa adalah orang-orang kuat Anwar dalam PKR termasuk Rafizi dan DAP. Anwar sebagai PM sudah menjadi agenda peribadi mereka.
Tetapi rakyat Malaysia langsung tak ambil pusing. Bohong kalau Rafizi mendakwa rakyat tidak sabar mahu lihat peralihan kuasa ini.
Hakikatnya hari ini dengan ketempangan dan kepincangan serta kegagalan Kerajaan PH, terang-terang memungkiri janji, yang rakyat tidak sabar adalah mahu melihat PH ditendang keluar.
Bukan tukar PM tapi tukar kerajaan.
Segala nestapa dan kesusahan rakyat tidak ditangani sebagaimana dijanji dan hari ini mereka ada muka untuk minta rakyat sokong menaikkan Anwar sebagai PM.
Cukuplah sekali ditipu. HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan