Menteri-menteri Melayu tunjukkan sikit 'anak jantan' pertahan hak
LAIN
yang didesak, lain pula yang dibuang. Itulah lumrah politik. Tak dapat
diduga apa akan berlaku. Pedang hormat keputusan Dr Maszlee Malik,
mengikut perintah ‘bos’ besar. Cuma Pedang harap pengganti Maszlee nanti
bukanlah yang lagi mudarat.
Yang ada
sekarang pun sudah peningkan rakyat, ramai sangat yang berebut kuasa
daripada memikirkan masalah rakyat marhaen. Sudah diberi mandat, tapi
sibuk fikir tugas orang lain. Masa belum jadi menteri, berdegar-degar
janji, sampai nak termuntah Pedang dengar. Nah, dapat kuasa buat-buat
lupa pula.
Sejak
Pakatan Harapan ambil alih, Malaysia seperti jadi bahan jenaka
masyarakat dunia. Sudah lah gagal jalankan tanggungjawab, macam-macam
isu timbul. Jika sebut Melayu Islam makin terancam, mereka marah. Tapi
itu hakikatnya. Dengan isu UEC, Statut Rom, tulisan jawi, komik komunis,
abu mayat Chin Peng, bendera 5 bintang, bendera terbalik sehinggalah ke
sekolah vernakular. Tak habis-habis. Banyak sangat nak sebut satu
persatu.
Sebab itu,
nak jadi pemimpin perlu yang benar-benar berwibawa. Kalau setakat cakap
‘pung pang pung pang’ tapi bila bab nak pertahan hak orang Melayu yang
termaktub dalam Perlembagaan mereka kecut. Jadi biarlah peletakan
jawatan Maszlee ini menjadi amaran kepada menteri-menteri Melayu yang
lain. Tunjukkan sikit anak jantan.
Cuma,
Pedang fikir, selain Maszlee yang sepatutnya letak jawatan juga ialah
timbalannya, Teo Nie Ching. Tak adil jika Maszlee saja. Pedang yakin
yang banyak cetus masalah selama ini adalah Nie Ching.
Nie Ching
antara yang lantang pertahan sekolah vernakular. Tidakkah dia sedar
selama ini sekolah vernakular punca perpecahan kaum. Adakah sebab kaum
sendiri sanggup mengetepikan hasrat dan aspirasi pendidikan negara?
Bukan itu
sahaja, Nie Ching juga lantang mempertahan graduan, Wong Yan Ke apabila
sijil ijazah pelajar itu disekat selepas mencetuskan kontroversi membawa
plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, mendesak naib
canselor meletakkan jawatan.
Dia juga
‘berani’ meminta pandangan daripada bukan Islam untuk menambah baik
silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Dia
mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi
idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI).
Pelik, isu
yang menyentuh kepentingan umat Islam, Nie Ching tanpa rasa bersalah
meminta pendapat non muslim. Ini yang Pedang katakan, terlebih sudu dari
kuah.
Pedang
setuju benar dengan kata-kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee
Abdullah. Katanya, ultra kiasu sangat licik. Buat kerja dalam diam,
seperti diam-diam ubi berisi, bukan macam kita diam-diam besi berkarat.
Alang-alang
Tun Dr Mahathir sedang bermain ‘game’, Pedang fikir perdana menteri
patut memilih P Waytha Moorty sebagai sasaran. Arahkan Menteri Perpaduan
dan Integrasi Nasional berundur secara terhormat atau arahan seperti
yang dibuat terhadap Maszlee.
Tidak
pasti kenapa Waytha Moorty begitu kebal. Dia pernah menyebarkan fitnah
mengenai Malaysia kepada negara luar. Dahulu, tular video menunjukkan
Waytha memburuk-burukkan negara dan menggambarkan seolah-olah Malaysia
melakukan penindasan teruk kepada kaum serta penganut agama lain.
Waytha
Moorthy juga pernah dikaitkan dengan isu rusuhan di Kuil Sri Maha
Mariamman Subang Jaya tahun 2018, sehingga meragut nyawa pegawai bomba,
Muhammad Adib Mohamad Kassim. Dia menyalahkan pihak polis di atas
kekacauan yang berlaku di kuil berkenaan.
Dia juga berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Jadi,
tidak ada sebab untuk Tun Mahathir simpan lagi menteri ini. Petisyen
menuntut perlucutan jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan
Perdana Menteri dan Senator juga sudah cecah 314,903 sokongan. Tapi
malang, ia seolah-olah tidak diendah.
Kata Pedang: Jika Nie Ching, Waytha Moorthy ada maruah dan integriti, mereka mesti letak jawatan…ikut jejak Maszlee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan