Selasa, 13 Ogos 2019

Polis sahkan mayat remaja adalah Nora Anne

(Gambar Bernama)
SEREMBAN: Mayat remaja berkulit cerah yang ditemui tengah hari Selasa adalah Nora Anne Quoirin, 15, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort 4 Ogos lepas.

Pengecaman mayat dibuat oleh keluarganya di Hospital Tuanku Jaafar, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop

Beliau berkata proses bedah siasat mayat akan dijalankan pada 10 pagi esok di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar.

“Bedah siasat mayat Nora Anne akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur,“ katanya pada sidang akhbar di HTJ malam tadi.

Tiada ulasan: