Kerajaan Selangor digesa serius tangani masalah banjir Subang Jaya
BANGI
– Kerajaan negeri Selangor digesa memberi perhatian serius serta
melakukan tindakan bagi menyelesaikan masalah banjir yang kerap kali
berlaku di Subang Jaya.
Ketua Pemuda
PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli berkata, saiz dan ukuran sistem
perparitan yang sedia ada tidak lagi dapat menampung tadahan air hujan
yang banyak jika ia berlaku lagi pada waktu akan datang.
“Banjir kilat
yang melanda di Subang Jaya ekoran hujan lebat yang berterusan selama
sejam minggu lalu mengakibatkan jalan utama ditenggelami air dan
beberapa buah kenderaan yang hanyut.
“Insiden ini
dilaporkan telah berulang beberapa kali tanpa ada seberang penyelesaian
yang tuntas dari pihak Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini.
“Sepatutnya
isu banjir yang telah berulang kali ini diberikan perhatian serius oleh
pihak kerajaan negeri serta beberapa agensi terbabit seperti pihak
berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Khamis lalu,
beberapa kawasan di Subang Jaya dilanda banjir kilat akibat hujan lebat
yang berterusan lebih sejam bermula jam 3.40 petang Khamis.
Antara
kawasan yang terjejas adalah Persiaran Kewajipan, Persiaran Mulia USJ8,
Persiaran Tujuan USJ 11 dan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPS)
Subang Jaya.
Banjir itu turut menyebabkan beberapa buah kereta dihanyutkan air berikutan arus deras.
Sehubungan
itu, Hanafi berkata, perlu ada satu tindakan segera lagi efisien bagi
mengatasi masalah ini agar kebajikan rakyat terus dijamin.
“Pemuda PAS
Selangor menekankan aspek keseriusan Kerajaan Negeri Selangor dalam
menjaga hal kebajikan rakyat tempatan seumpama ini,” katanya.
Pada masa
sama, Pemuda PAS Selangor turut melihat pergolakan dalaman Kerajaan
Pakatan Harapan (PH) mengakibatkan fokus kebajikan rakyat yang terganggu
dan terabai.
“Kita
nasihati semua pimpinan politik dalam Kerajaan Negeri Selangor agar
berhenti dari terpalit dengan polemik dalaman sehingga mandat yang
diberikan oleh rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan