Vernakular diminta tak desak tuntutan halang usaha perpaduan kaum
BANGI– Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengingatkan penentang
tulisan khat supaya tidak mengambil kesempatan dengan menidakkan
pembelajaran berkenaan di sekolah sekolah vernakular dalam usaha menjaga
seni warisan negara.
Presidennya, Ustaz Mohd Azizee Hasan,
iGuru mencadangkan agar usaha dalam pelbagai bentuk aktiviti perlu
digiatkan untuk menguasai tulisan berkenaan.
“Ia meliputi tidak kira sama ada kokurikulum atau ko-akademik sebagai alternatif diluar skop pentaksiran,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai
kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bahawa jemaah menteri
memutuskan pengenalan tulisan khat ini akan dimuatkan sebanyak tiga muka
surat sahaja dalam buku teks.
Katanya, jemaah menteri juga menetapkan
supaya pengenalan tulisan khat dilaksana secara pilihan dengan guru
diberikan kuasa untuk membuat keputusan mengenai kaedah pelaksanaannya
di bilik darjah masing-masing.
Menyambut baik keputusan berkenaan, Ustaz
Azizee berharap semua pihak akur dengan keputusan menteri dan bergerak
ke hadapan untuk mengekalkan seni warisan negara
“Meskipun pihak KPM menyebut ia hanya
pilihan dan dikurangkan daripada enam muka surat menjadi tiga muka
surat, seharusnya pihak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tidak memandang remeh usaha mengangkat
seni keindahan tulisan khat seperti kaligrafi Cina,” katanya.
Katanya, ianya agak mustahil bagi
pelajar-pelajar di SJKC dan SJKT untuk menghargai seni estetika budaya
negara, memandangkan langkah KPM mengurangkan muka surat dilihat sama
seperti pengajaran tulisan jawi dan khat hanya mampu dilaksanakan sekali
dalam setahun.
Justeru, beliau juga menggesa semua pihak
terutama sekolah vernakular untuk mengutamakan kepentingan berintegrasi
nasional serta tidak mendesak sebarang tuntutan yang boleh menghalang
usaha memupuk perpaduan kaum.
“iGuru juga berharap agar semua pihak
akur dengan keputusan Menteri Pendidikan dan bergerak ke hadapan bagi
mengekalkan seni warisan negara,” katanya.
Sebelum ini, su penggunaan tulisan khat
dalam buku teks di semua sekolah hangat diperdebatkan selepas kumpulan
pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) serta pemimpin
DAP termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) membantah keputusan
KPM mengenai perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan