Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Dasar jejas proses pencinaan pelajar menjadi secina-cinanya ditentang
SEDIH teramat sangat
apabila perlaksanaan dasar Pendidikan negara perlu bertanya kepada PIBG
Sekolah Cina sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak? Tidakkah kita
sedar bahawa PIBG Sekolah Cina itulah Dong Zong? Di manakah maruah kita
selaku kerajaan yang telah mendapat mandat rakyat dan berlegitimasi?
Apabila kerajaan telah menggubal sesuatu
dasar untuk kepentingan negara, semestinya ia dilaksanakan sama ada suka
atau tidak. Ini berlaku di semua negara.
Namun, keadaan sebaliknya berlaku di
negara kita, seolah-olah Dong Zong itulah kerajaan. Kerana di belakang
Dong Zong ada lebih 9000 NGO Cina menyokong. Ini tidak termasuk
parti-parti politik ultra kiasu mereka, DAP, MCA dan Gerakan.
Ini bukan kali pertama, kita buat
pusingan U-turn apabila dibantah Dong Zong, sudah banyak kali. Sejak
zaman BN lagi. BN pula jangan cuci tangan dalam isu ini. Dosa kamu tetap
ada. Kerana kemarukkan undi, kamu gadaikan agenda negara. Keadaan sama
berlaku apabila pemerintah kerajaan berubah. Semua kerana undi.
Apa yang Dong Zong tidak bantah dasar
Pendidikan yang telah ditetapkan kerajaan? Benar kata Perdana Menteri,
semua mereka bantah. Sekolah Wawasan yang amat baik, idea Perdana
Menteri, menggabungkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan Tamil gagal, kerana Dong Zong boikot.
Akhirnya, lima (5) buah Sekolah Wawasan
yang telah dibina di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, gagal,
tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekolah Wawasan kembali
menjadi seperti Sekolah Kebangsaan.
Dong Zong tidak mahu murid-murid Cina bercampur dengan murid-murid Melayu. Dong Zong takut penguasaan Bahasa Cina anak-anak Cina terjejas jika bercampur.
Ketika PPSMI dikuatkuasakan, Sekolah Cina
tetap dengan cara Cinanya, tanpa memperdulikan PPSMI. Dong Zong
berkeras jika Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik, murid-murid Cina akan menjadi kurang
mahir berbahasa Cina.
Pendek kata, apa jua dasar yang boleh
menjejaskan proses pencinaan murid-murid Cina menjadi secina-cinanya
mereka akan tentang habis-habisan. Jika tidak percaya, tubuh RCI, kaji
satu demi satu penentangan Dong Zong terhadap dasar-dasar kerajaan sejak
ia ditubuhkan.
Dong Zong sentiasa menang dan tidak
pernah kalah. Seolah-olah Dong Zong itulah kerajaan. Sudah sampai
masanya Dong Zong ini diharamkan.
Saya mohon dan merayu kepada semua rakyat
Malaysia, berikanlah sokongan penuh dengan Perdana Menteri, dalam
berhadapan dengan pertubuhan rasis, cauvinis, dan ultra kiasu Cina ini.
Tidak semua Cina menyokong mereka, tetapi Dong Zong berjaya menampakkan
bahawa merekalah wakil keseluruhan Cina.
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan