Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pencinaan berlaku besar-besaran, tenggelamkan identiti Melayu
LIHAT
betapa agresifnya ultra kiasu menolak apa jua perkara yang ada kaitan
dengan identiti Melayu dan Islam, seperti khat jawi yang diperkenalkan
di sekolah rendah sejak tahun 2016, walaupun sedikit.
Apabila
ada pelajar Melayu di SJKC sebanyak 18 peratus, maka ultra kiasu ini
mendabik dada, mencanang merata, bahawa betapa orang Melayu begitu
terbuka mahu belajar bahasa Cina dan mahu memahami orang Cina dengan
lebih baik, demi mengeratkan perpaduan.
Sebaliknya
bila ada usaha supaya orang Cina dapat serba sedikit memahami Melayu,
memahami seni khat misalnya, secara kolektif, tidak kira DAP, Gerakan
dan MCA, mereka bersatu menentang.
Sedangkan,
tidak rugi kepada sesiapapun yang ingin mempelajari sesuatu yang baharu
bagi lebih memahami orang lain. Bekas Perdana Menteri, Singapura,
mendiang Lee Kuan Yew boleh membaca jawi.
Ringkasnya,
saya ingin nyatakan bahawa proses pencinaan sedang berlaku secara
besar-besaran untuk menenggelam sebarang identiti Melayu dan Islam
selaku penduduk asal negara ini. Adakah wujud perancangan untuk
mengkomuniskan negara ini?
Cuba pergi
melawat bandar Sekinchan, Selangor, ‘signage’ sebesar-besarnya
terpampang pada nama-nama restoran Cina, langsung mengenepaikan tulisan
rumi, jawi jauh sekali. Bukan sedikit tetapi begitu banyak. Ini belum
lagi di lihat di Pulau Pinang, bukan Penang.
Peliknya
Melayu tidak pernah bantah melihat proses pencinaan ini, apabila ultra
kiasu ini mengenepikan langsung tulisan rumi. Tetapi apabila ada sedikit
tulisan jawi diperkenalkan, ultra kiasu bersatu hati menentang.
Jika ada
kuasa, ultra kiasu inilah orang pertama yang sepatutnya di campakkan
atau tendang ke negara komunis, biar mereka rasa hidup di bawah negara
Komunis. Ultra kiasu tidak layak tinggal di bumi bertuah ini. Memandang
muka mereka ini, hati semakin sakit.
Tidak lama lagi, akan bersuaralah ultra kiasu dengan bilangan semakin ramai untuk menekan kerajaan menarik balik keputusan ini.
Setakat
ini, seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota Dewan
Undangan Negeri (Adun) menggesa anggota Kabinet daripada parti itu
membantah rancangan memperkenalkan tulisan “khat” atau seni kaligrafi
dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.
Dalam satu
kenyataan bersama, kumpulan itu berkata pelajar sekolah vernakular
sudah mempelajari “tiga bahasa dan tiga sistem penulisan”.
Sebelum
ini parti Gerakan telah menyatakan bantahannya terlebih dahulu. Lihat
strategi mereka, tidak kira parti, asalnya mereka Cina, seorang lambung,
yang lain menunggu untuk ‘smash’.
Ianya
bermula apabila minggu lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching
berkata dalam satu majlis perasmian Penulisan Kreatif Bahasa Cina antara
Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019, bahawa penggunaan tulisan Jawi dalam
buku teks sekolah akan terus digunakan sehingga tahun 2020.
Nie Ching
menjelaskan tulisan Jawi atau seni khat dalam buku teks sudah digunakan
sejak tahun 2016. Penggunaan tulisan Jawi di dalam buku teks sudah
dilaksanakan sejak 2016 dan kalau nak diikutkan keputusan pada tahun
itu, seni khat akan dimasukkan ke dalam buku teks pelajar Tahun Empat
menjelang 2020. Cuma, katanya, kementerian masih membincangkan sama ada
untuk mengekalkan tulisan Jawi atau seni khat dalam buku khat selepas
tahun 2020 nanti.
Kementerian
Pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan
tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah. Kementerian
itu menegaskan perkara itu tidak berkaitan dengan tulisan Jawi dan
pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.
Ultra
kiasu ini berkata, mereka bukan tidak setuju bahawa ‘khat’ mempunyai
nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya
sendiri dan bukan dibuat dasar. Kumpulan itu mendakwa pengenalan tulisan
“khat” merupakan usaha untuk melembagakan dan mempolitikkan tulisan
Jawi.
Belajar khat Cina boleh sebab namanya Cina. Tetapi bila ada kaitan dengan jawi, Melayu, Islam, semua tidak boleh.
Kamu semua
tinggal di mana? Walaupun nama negara ini bukan lagi Tanah Melayu,
tetapi masih identitinya masih Melayu, iaitu MALAYSIA. Mana nak buang
perkataan ‘malay’ itu? Masih kamu tidak sedar bahawa negara asal usul
negara Melayu. Takkan sedikit identiti Melayu tidak boleh
diinstitusikan, kamu sebagai asal usul pendatang meninstitusikan tulisan
Cina sehingga menenggelamkan identiti Melayu di negeri yang kamu
perintah.
Bangsa
Cina ada negaranya sendiri. Kalau tidak mahu belajar sedikit khat jawi,
obses dengan khat Cina yang telah dipelajari dalam SJKC, maka dirikan
sekolah di negara Komunis China.
Menurut
mereka, penggunaan tulisan Jawi (penjawian) sedang diusahakan di Pahang
dan Melaka, selain Terengganu dan Kelantan. Ultra kiasu ini cukup takut
jawi diinstitusikan.
Bila
mereka mencinakan tulisan Cina diinstitusi mereka seperti di SJKC,
bangunan-bangunan Cina, restoran-restoran Cina, dan semua barang
kepunyaan mereka, dibuat sebesar-besarnya, orang Melayu tidak pernah
bantah.
Tetapi bila ada ura-ura nak institusikan jawi, mereka bangun sehati sejiwa membantah. Komunis sungguh ultra kiasu ini.
Ultra
kiasu ini berkata lagi, jika jawi institusikan SJKC(T) akan menambah
masalah. Agenda mungkin merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di
semua peringkat. Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik
sosial di Malaysia.
Merosakkan
fabrik kepala bapak kau? Kamu sudah menjadi secina-cinanya, malah lebih
Cina daripada Cina di negara China, mahu apa lagi. Berbaris minta jadi
warganegara tetapi Bahasa Melayu tunggang-langgang? Layakkah kamu
tinggal di sini.
Ultra
kiasu mahu anggota Kabinet ultra kiasu DAP mesti melindungi sifat etnik
Malaysia yang pelbagai dan bukan terpaksa mengikuti naratif satu bangsa,
satu bahasa dan satu kebudayaan BN.
Sejak bila
BN melakukan perkara ini. BN telah memikul dosa besar kerana terlalu
memberikan kebebasan kepada minoriti sehingga menenggelamkan identiti
Melayu Islam majoriti.
Lihat
ketika musim perayaan. Tahun Baharu Cina, negara ini macam Hong Kong,
seolah berada di negara Komunis China. Begitu juga Deepavali, macam di
India, Krismas macam negara Kristian. Langsung tidak mencerminkan negara
ini negara majoriti Melayu Islam.
Saya
ingatkan ultra kiasu, kamu asal usulnya adalah ‘pendatang’ di bumi
Melayu ini. Maka sedar diri sedikit jika terus mahu teruskan proses
pencinaan.
Kerajaan
sudah terlalu baik, memberikan kebebasan Pendidikan dengan wujud sekolah
vernakular secina-cinanya sehingga orang daripada negara Komunis China
menggeleng kepala melihat proses pencinaan yang sangat keterlaluan,
mereka yang Cina di China pun tidak dapat pencinaan seperti ini.
Bandar
Sekinchan seolah-olah berada di negara China. Saya tidak tahu, apa kerja
PBT dalam memantau perkara ini? PBT di sana goyang telurkah?
Seultra-ultra
mendiang Lee Kuan Yew, mendiang masih boleh membaca jawi dengan baik.
Bukankah itu satu kredit. Peliknya ultra kiasu ini lebih ultra daripada
mendiang Lee Kuan Yew. Dalam kata lain, ultra kiasu yang ada di negara
ini sangat bahaya. Pemikiran mereka lebih Komunis daripada Komunis.
Sudah
sampai masanya kerajaan hidupkan semula ISA. Apa-apa yang boleh
mencetuskan keharmonian negara ini sehingga mereka hilang rasa hormat
kepada penduduk dan pribumi, humban terus mereka ini ke penjara. Itu
sahaja caranya untuk mengajar ultra kiasu ini daripada menjadi kurang
ajar.
Selain
nama Tanah Melayu, tanah ini juga dikenali sebagai tanah jawi. Saya
minta mereka yang tidak mahu menerima hakikat untuk jawi diperkenalkan
sedikit, sila angkat kaki, kami tak perlukan anda di bumi ini.
Apabila
kamu mencinakan orang Melayu boleh. Tetapi bila sedikit saja Melayu cuba
‘memelayukan’ jadi semua tak boleh. Apakah kamu merasakan ini bumi asal
usul kamu?
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan