Jumaat, 9 Ogos 2019

ADUN Islam di Selangor diajak sokong MB

Wartawan MalaysiaGazette
MGF01082019_MB-SELANGOR-PPCIT15
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. foto NOOREEZA HASHIM, 
 

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas Selangor menyeru agar seluruh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu yang beragama Islam  menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohamed Sukri Omar berkata, sewajarnya umat Islam bersatu dalam isu ini tanpa mengira warna politik.

Menurutnya, Pemuda Pas Selangor menyokong kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bahawa semua ADUN Pas dan UMNO negeri itu menyokong penuh  Amirudin Shari dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga akhir penggal.

Tegasnya, adalah tidak wajar DAP menghuru-harakan kerajaan serta cuba mensabotaj menteri besar kerana pindaan enakmen ini.

“Sewajarnya DAP sibuk dengan isu penyelewengan pemimpin mereka berkaitan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang daripada sibuk mencampuri urusan umat Islam.

“Pemuda Pas Selangor menyeru seluruh umat Islam agar berdoa agar Pindaan Enakmen berjaya pada sidang DUN akan datang serta seluruh ADUN-ADUN Islam bersatu hati mempertahankan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam,” ujarnya.

Sukri berkata, bantahan ADUN-ADUN DAP terhadap RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang ianya adalah berkaitan pemelukan Islam kanak-kanak di bawah 18 tahun seolah-olah membenarkan tanggapan umum masyarakat bahawa mereka memusuhi Islam dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu.

Usul ini dibawa oleh Menteri Besar, tetapi dibangkang oleh ADUN-ADUN DAP, sedangkan ianya telah mendapat Perkenan Tuanku Sultan Selangor pada 5 Julai 2019.

Isunya apabila bantahan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri  DAP terhadap RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang ianya adalah berkaitan pemelukan Islam kanak-kanak dibawah 18 Tahun.

Usul ini dibawa oleh menteri besar tetapi dibangkang oleh ADUN-ADUN DAP, sedangkan ianya telah mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor pada 5 Julai 2019.

Sidang DUN Selangor pada asalnya dijadual berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos, tetapi dipendekkan sehingga 31 Julai.

Sukri berkata, Pemuda Pas Selangor mengingatkan DAP jangan cuba mencampuri urusan Agama Islam serta usah sesekali biadab terhadap titah Sultan Selangor. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: